Tuesday, June 26, 2007

Bapa...



KEBELAKANGAN ini, banyak kisah kepincangan institusi keluarga dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya membawa kapal belayar ke pelabuhan penuh damai serta ketenangan.
Sebaliknya, kapal terpaksa mengharungi laluan sukar, berhadapan ombak bergelombang hingga ada antara anak kapalnya terjatuh ke dalam lautan sementara setengahnya terus menggapai apa yang dapat dicapai untuk bergantung.
Bagaimanapun, tidak adil meletakkan kesalahan di atas bahu bapa kerana masih ada bapa yang sanggup melakukan apa saja demi anak serta keluarga dan berjaya membina sebuah keluarga bahagia.
Melihat kepada perkembangan semasa, sempena sambutan Hari Bapa, kelmarin yang turut diraikan masyarakat negara ini, sewajarnya bapa melihat kembali kedudukan serta pencapaian mereka menerajui institusi keluarga. Atau, mungkin mereka boleh memilih pepatah Melayu manakah yang sesuai menggambarkan diri mereka sebagai bapa.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba, berkata kurangnya ilmu kebapaan dan keengganan bapa menimba pengetahuan bagi memantapkan kewibawaan diri sebagai pemimpin menyukarkan lagi usaha ke arah melahirkan sebuah institusi keluarga sejahtera.
“Ilmu kebapaan perlu sebagai pembimbing kepada bapa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Kegagalan bapa disebabkan mereka tidak memiliki ilmu atau menggunakan ilmu yang ada dalam menjalin hubungan dengan anak.
“Selalunya apabila anak melakukan kesalahan, penampar datang dulu. Sepatutnya, soal selidik dulu dan jika ternyata anak melakukan kesalahan, barulah dinasihat atau dihukum. Bapa sering berkata tidak tanpa memberi pilihan kepada anak,” katanya.
Katanya, mendidik anak memerlukan kesabaran, tetapi tidak dinafikan tuntutan serta tekanan hidup menyebabkan golongan bapa berhadapan masalah menahan sabar terutama ketika berhadapan kerenah anak yang kuat melawan serta tidak mahu mendengar kata.
Dr Sidek berkata, sikap kebanyakan bapa yang suka mengarah dan mengongkong anak secara berlebihan boleh mengeruhkan hubungan antara mereka dengan anak terutama anak remaja yang sedang meningkat dewasa.
Sebagai cara menjalin hubungan baik dengan anak remaja, bapa hendaklah bersikap ambil tahu dan pada masa sama memberi kebebasan kepada anak atas dasar kepercayaan. Bapa juga perlu bijak mendorong minat anak.
Perkara itu jika difahami kebaikannya dan dilaksanakan dengan bijak oleh bapa, bukan saja mampu menjalinkan hubungan mesra dengan anak, malah secara tidak langsung menerapkan disiplin dalam diri mereka.
“Anak hendak ke mana, minta beritahu. Bapa juga tanya jam berapa anak hendak balik. Sambil itu, kita minta anak sebaiknya balik sebelum Maghrib. Apabila anak lewat, jangan terus marah, tetapi tanya kenapa lewat.
“Mungkin ada masalah kesesakan atau hari hujan. Bapa perlu mengingatkan anak supaya lain kali jangan lewat. Jika setiap kali ia berlaku, anak akan sedar prihatinnya bapa. Rasa hormat juga akan wujud dalam diri anak.
“Bukan kata kita beri kebebasan melulu, tetapi kita beri kepercayaan. Bapa juga hendaklah melatih anak berjanji untuk pulang awal kerana dengan cara itu anak akan cuba menepati janji yang akhirnya lahirlah semangat disiplin dalam diri mereka,” katanya.
Beliau berkata, Islam menggariskan ciri bapa yang baik antaranya memiliki sikap pelindung, pengasih, penyayang, sebagai contoh teladan terbaik dan sumber rujukan kepada ahli keluarga serta mempunyai daya komunikasi tinggi.
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Malaysia, Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata gejala sosial dapat dihindari jika bapa memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang sentiasa memastikan setiap ahli menerima hak serta melaksanakan tugas masing-masing.
Katanya, bapa juga perlu mengubah sikap mereka yang liat serta suka mengambil mudah keperluan menghadiri bengkel atau seminar membincangkan mengenai tanggungjawab ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran mereka merancang apa yang terbaik untuk keluarga.
“Jika ada seminar atau ceramah, ibu saja yang pergi. Oleh itu tidak hairanlah jika bapa gagal berperanan hingga keluarga menjadi pincang. Tiba masanya bapa menilai serta bermuhasabah diri demi kebaikan mereka serta keluarga,” katanya.
Beliau berkata, masih belum terlambat bagi bapa terutama golongan bapa muda memperbaiki diri dengan memberi perhatian kepada tiga aspek iaitu sikap, ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi
.

Monday, June 04, 2007

kerja!!!!!!!!!!




Pernah tak kamu merasakan kepala kamu diinjak-injak?
Pernah tak kamu rasa kamu sangat baik, dan orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu?
Pernah tak kamu rasa orang tidak melihat kerja-kerja yang kamu buat, tapi cepat sahaja mengesan satu kerja yang kamu belum buat?
Pernah tak kamu rasa kamu telah membuat semua kerja kamu, dan orang lain memandai-mandai menambah lagi kerja kamu?
Pernah tak kamu rasa tenaga dan otak kamu diperah2 dan diperas2, tetapi permintaan kamu langsung tidak dipeduli?
Pernah tak kamu rasa kerja yang kamu lakukan sepatutnya dilakukan oleh orang lain, dan di atas meja kamu masih banyak lagi kerja kamu yang sebetulnya perlu kamu lakukan?
Apakah kamu akan lakukan kalau orang di atas kamu memandai-mandai menyambut setuju kerja yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan kemudiannya mencampakkan kepada kamu, dan perlu disiapkan dalam jangka waktu 2jam, sedangkan kamu ada 5 kerja penting yang kamu perlu siapkan dalam masa setengah hari?

Friday, June 01, 2007

Suntikan....

Kaedah rawatan menegangkan kulit muka dengan menggunakan suntikan adalah haram di sisi Islam kerana ia disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.
Dua pensyarah syariah dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh berkata, hukum suntikan adalah haram kerana ia tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan dalam Islam.
Mereka berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam pada Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Mohd. Nasran berkata, dalam Islam, rawatan rupa paras untuk memulihkan kecacatan dan menghiaskan diri adalah dibenarkan malah manusia memangnya digalak untuk berhias diri dengan syarat tidak melampau.
Suntikan yang popular di negara ini adalah dianggap melampau kerana ia adalah kaedah ‘muda segera’ dengan suntikan bahan larutan sejati toksin botulinum yang sangat beracun.
Mohd. Nasran berkata, suntikan Botox sebenarnya bukanlah rawatan sebaliknya ia adalah satu ‘penipuan' untuk seseorang itu kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah tanpa sesuatu keperluan seperti memperbaiki kecacatan adalah dilarang dalam Islam.
“Ia telah dijadikan sebagai proses membendung penuaan berbanding rawatan tradisi dan suntikan bukanlah rawatan untuk memulihkan kecacatan sebaliknya ia digunakan untuk menipu dan mengubah fitrah penuaan”, kata beliau.
Katanya, pengharaman suntikan adalah bersandarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang melarang manusia berbuat demikian.
Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.
Katanya, selain itu, terdapat juga hadis yang melarang umat Islam berbuat demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Masuud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat kepada sesiapa yang mencacah kulitnya serta orang yang meminta agar dicacah kulitnya”.
Mohd. Nasran berkata, dalam Islam pembedahan untuk kecantikan hanya dibenarkan bagi tujuan memperbaiki wajah seseorang itu yang cacat sama ada cacat sejak lahir ataupun cacat akibat kemalangan malah Rasulullah pernah membenarkan seorang yang cacat hidung, Arfajah menutup hidungnya yang lompong dengan emas.
Katanya, hukum pembedahan kosmetik seperti menegang buah dada, hidung, telinga, bibir, geraham, dagu, kening dan punggung menjadi haram jika ia dilakukan bagi tujuan memenuhi hawa nafsu, penipuan supaya kelihatan menarik untuk memikat seseorang.
“Jika ini dilakukan, para doktor yang terlibat dalam menjalankan pembedahan ini serta wanita atau lelaki yang terbabit akan menanggung dosa.......


Petikan diatas tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau mati...crita ini juga adalah sekadar menghiasi ruangan blog ini sahaja.....

Berdiam


Diamku bukan bererti aku akur dengan caramu,
diamku bererti aku sudah mula berhenti berharap…